Tarikh : 11.02.2014 (Selasa)
Masa : 1415-1615
Tempat : Makmal Sains 1, IPG Kampus Rajang
Jumlah Peserta : 26 orang guru pelatih
Penceramah : Cik Yeo Nga Piing
Fasilitator Bersama : Encik Loh Leh Chiong & Encik Ling Hau Ching
Anjuran : Jabatan Sains dan Matematik dan Jawatankuasa IPG Lestari
Bengkel pembuatan enzim sampah-sarap ini telah disertai oleh guru-guru pelatih dari PPISMP Kumpulan Matematik dan Bahasa Iban Ambilan Jun 2013.
Bengkel ini bertujuan untuk:
- memperkenal enzim sampah-sarap dengan warga institut yang berminat
- menunjukkan cara membuat enzim sampah sarap
- menerangkan kegunaan dan kebaikan enzim sampah sarap dalam pemeliharaan alam sekitar
- menyemai dan memupuk sikap cintakan bumi kita yang tidak dapat diganti
- memupuk amalan “sharing is caring”.
Bengkel ini bermula pada pukul 1415 dengan taklimat daripada penceramah iaitu Cik Yeo. Beliau telah memperkenal enzim serta menerangkan cara penggunaan enzim dan kelebihannya. Setelah tamatnya taklimat, para peserta diminta untuk menghasilkan enzim di bawah tunjuk ajar Cik Yeo berdasarkan nisbah yang telah ditetapkan pada nota edaran yang diberi.
Pada penghujung sesi, satu sesi bergambar telah diadakan. Para peserta diberitahu bahawa satu sesi penuaian enzim akan dilakukan selepas 90 hari. Dalam tempoh 90 hari ini, para peserta diingatkan supaya melonggarkan penutup botol pada enzim masing-masing setiap hari untuk mengimbangkan tekanan udara dalam botol dengan tekanan atmosfera.
No comments:
Post a Comment