Tuesday, March 4, 2014

Bengkel Pembuatan Enzim Sampah Sarap


Tarikh                       :   11.02.2014 (Selasa)
Masa                        :   1415-1615
Tempat                     :   Makmal Sains 1, IPG Kampus Rajang
Jumlah Peserta          :   26 orang guru pelatih
Penceramah              :   Cik Yeo Nga Piing
Fasilitator Bersama    :  Encik Loh Leh Chiong & Encik Ling Hau Ching
Anjuran                     :  Jabatan Sains dan Matematik dan Jawatankuasa IPG Lestari

Bengkel pembuatan enzim sampah-sarap ini telah disertai oleh guru-guru pelatih dari PPISMP Kumpulan Matematik dan Bahasa Iban Ambilan Jun 2013.

Bengkel ini bertujuan untuk:
  • memperkenal enzim sampah-sarap dengan warga institut yang berminat 
  • menunjukkan cara membuat enzim sampah sarap 
  • menerangkan kegunaan dan kebaikan enzim sampah sarap dalam pemeliharaan alam sekitar 
  • menyemai dan memupuk sikap cintakan bumi kita yang tidak dapat diganti 
  • memupuk amalan “sharing is caring”. 

Bengkel ini bermula pada pukul 1415 dengan taklimat daripada penceramah iaitu Cik Yeo. Beliau telah memperkenal enzim serta menerangkan cara penggunaan enzim dan kelebihannya. Setelah tamatnya taklimat, para peserta diminta untuk menghasilkan enzim di bawah tunjuk ajar Cik Yeo berdasarkan nisbah yang telah ditetapkan pada nota edaran yang diberi.

Pada penghujung sesi, satu sesi bergambar telah diadakan. Para peserta diberitahu bahawa satu sesi penuaian enzim akan dilakukan selepas 90 hari. Dalam tempoh 90 hari ini, para peserta diingatkan supaya melonggarkan penutup botol pada enzim masing-masing setiap hari untuk mengimbangkan tekanan udara dalam botol dengan tekanan atmosfera.

Gotong Royong IPG Lestari 1/2014


Satu gotong royong IPG Lestari telah diadakan pada 27 Februari 2014 yang lepas untuk membersihkan kawasan sekitar IPG Kampus Rajang. Gotong-royong ini dianjur oleh Jawatankuasa IPG Lestari bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan disertai oleh semua warga IPGK Rajang.  Kawasan gotong-royong yang terlibat ialah sekitar kawasan Jambatan Gantung.

Monday, March 3, 2014

Projek ‘Totem Pole’ dan Arca Batu

KETERANGAN RINGKAS TENTANG PROJEK: 

Melengkapkan satu taman yang di dalamnya kelak terdapat ‘totem pole’, arca batu dan tapak refleksologi.


KEISTIMEWAAN PROJEK: 
  1. Komponen utama pembentukan imej pada totem pole adalah menggunakan bahan sisa iaitu penggunaan serbuk kayu sebagai bahan utama 
  2. Binaan arca batu pula menggunakan bentukkan dan susun atur batu-batu yang sedia ada.
  3. Gabungan keseluruhan kedua-dua projek membentuk satu taman mini yang berfungsi sebagai taman hiasan kerana keunikannya,signifikan kerana paparan motif-motif simbolik dan sebagai tempat riadah kerana susunan batu-batuan refleksologinya.
  4. Terhasil daripada gabungan kerjasama pengetahuan dan kemahiran pensyarah, staf sokongan dan pelajar. 
  5. Kos projek yang agak sederhana. 

OBJEKTIF : 
  • Memberi pendedahan kepada warga Institut tentang kewujudan motif-motif yang mempunyai makna dalam hasil kerja seni visual warisan masyarakat tempatan. 
  • Melatih pelajar dalam aspek perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek outdoor, kemahiran kerja praktikal serta memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan staf dan pelajar menjayakan sesuatu projek di IPG. 
  • Hasil projek ini akan meyumbang kepada keceriaan dan keindahan lanskap IPG Kampus Rajang demi mendukung kelestarian persekitaran. 

GAMBARAN KESELURUHAN PROJEK: